Tips Pilih Kad Perubatan

Kali ni nak cerita tentang kad perubatan. Sana sini orang sibuk cakap pasal kad perubatan kan.

Jenis-jenis kad perubatan.

Kad perubatan ada 2 jenis. Satu yang wujud sebagai manfaat tambahan@rider. Rider ialah istilah yang digunakan dalam industri insurans dan takaful. Satu lagi, yang “standalone”. Maksudnya kad perubatan semata-mata.

Ciri-ciri kad perubatan.

A. Kad perubatan sebagai rider
~ caruman tak berubah sampai sijil matang.
~ caruman tinggi sedikit, kerana ada nilai simpanan di situ.
~ kalau menghidap penyakit kritikal, caruman akan datang tak payah bayar sampai suatu tempoh.
~ tak perlu diperbaharui seperti kad standalone.

B. Kad perubatan standalone
~ caruman akan berubah. Selalunya setiap 5 tahun. Perubahan caruman ikut kumpulan umur. Cth, umur 30- 35 thn, caruman RM 850 setahun, umur 36 – 40, RM 935 setahun dan meningkat seiring dengan peningkatan usia.
~ caruman lebih rendah sedikit berbanding kad perubatan (A), dan menawarkan manfaat yang lebih tinggi.
~ tiada pengecualian caruman ye kalau menghidap penyakit kritikal. Caruman kena bayar macam biasa.
~ kena perbaharui setiap tahun. Kalau lupa nak perbaharui, kad tak boleh digunakan.

Ko Takaful
Ko-takaful tu apa?
Dalam bahasa mudahnya, perkongsian kos antara peserta dan takaful operator.
Perasan tak, kalau tengok flyer2 takaful dekat bahagian manfaat hospital & pembedahan, mesti ada tulis macam ni:

“Caj sebenar (Tanpa ko-takaful)”
atau pun macam ni:
“Caj sebenar, seperti yg dikenakan, tertakluk kepada ko-takaful”

Selalunya ko takaful yang perlu ditanggung oleh peserta ialah 10% dari jumlah bil perubatan, tertakluk kepada maksima RM1000.
Cth, bil hospital A RM3000. Kad perubatan A tertakluk kepada ko-takaful. Jadi, A kena bayar RM300 pada pihak hospital, dan yang selebihnya pihak takaful akan selesaikan.
Kalau tanpa ko-takaful, bil hospital RM 3000 akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak takaful 🙂
Kad perubatan Takaful Malaysia jenis yang tanpa ko takaful ye.

Jadi, kad perubatan anda yang mana satu?
.
.

Boleh faham?

Pada yang belum memiliki, mana satu kad yang anda nak pilih?

Pada saya, semestinya bergantung kepada kesesuaian, keperluan dan bajet masing-masing.

Saya buat huraian di atas berdasarkan pemahaman dan pengalaman lalu. Kalau ada yang tak betul tu, harap ada yang sudi bagi komen.

P/s: untuk sebutharga percuma, sila isi borang di “Dapatkan Sebutharga”.

Comment is closed.