ALASAN-ALASAN KENAPA TAK MAHU AMBIL TAKAFUL?

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Sharing info dari Kawan- kawan.


ANTARA ALASAN-ALASANNYA KENAPA TAK MAHU AMBIL TAKAFUL?

=============================

Hanya sebagai renungan kita bersama 

1. AKU NAK TUNGGU DULU LAH!

-> Tak apa. Tapi nak tunggu sampai bila? Jangan sampai tua sebab caruman dah tinggi. Jangan sampai sakit, sebab dah tak ada syarikat insurans/takaful yang nak tanggung penyakit yang sudah sedia ada sebelum mencarum takaful. Ambillah sementara anda masih muda, sihat dan kuat bekerja. Tahukah anda, jumlah caruman adalah murah ketika masih muda dan sihat serta tidak akan meningkat sehingga usia 80 tahun. 

2. APA UNTUNGNYA AMBIL TAKAFUL NI??

-> Banyak untungnya. Sebagai salah satu cara untuk perlindungan untuk masa hadapan. Memang la masa hadapan kita tak boleh tahu  tetapi tapi malang tidak berbau dan kita boleh merancang dari sekarang. Cuba anda kira betapa ruginya anda tak ada perlindungan takaful andai kata di masukkan ke hospital dan bil berpuluh ribu? Habis simpanan dikorek. Nak cari mana lagi? Pinjam mak ayah, saudara mara, kawan2 dan yang paling teruk sekali sampai terpaksa hutang dengan Ah Long. Itu lah sebabnya kenapa takaful/insurans ini dah jadi satu keperluan untuk kita. Lagipun duit caruman takaful/insurans jadi simpanan kita jugak, tak rugi menabung untuk masa hadapan kan?

3. AKU DAH BUAT DAH SIMPANAN UNTUK ANAK2!!

-> Alhamdulillah! Bagus! Bertuah anak2 anda.!! Andaikata kita kena sakit jantung @ stroke @ sakit kritikal lain dan sebagainya? Agak2 siapa lagi nak menyimpan untuk anak2 ya? Duit sudah habis untuk bayar bil perubatan anda. Nak pakai duit mana lagi ya?? Semestinya duit yang disimpan untuk anak terpaksa digunakan untuk membayar kos perubatan anda. Makin ramai anak2 yang terpaksa berhenti sekolah dan tak dapat sambung belajar dan dikenakan pula buat pinjaman. Maka dari situ datangnya keuntungan caruman takaful ini yang dapat menjamin simpanan anda di samping membiayai kos perubatan anda, isteri dan anak2.

4. SORRY, SAYA TAK MINAT LA TAKAFUL2 NIE…!

-> Bahagian mana yang tak minat tu? Takaful/insurans ni bukanlah sesuatu yang harus diminati @ ada, ada la; takde, takde la.. Ianya merupakan satu keperluan di masa kini. Zaman dahulu kala mungkin tidak tetapi tidak di zaman ini. Kita harus berkembang maju dan mengikut peredaran zaman. Saya ada 1 soalan nak tanya. Siapa yang ada insurans kereta? Kalau ada, kenapa agaknya awak ambil insuran kereta ya? Rasanya penting ke tak insurans kereta tu bila berlaku kemalangan? Bukankah sama konsep insuran kereta dan insuran diri?

5. COMPANY SAYA DAH TANGGUNG DAN COVER SEMUA RAWATAN DAN PERUBATAN, NAK BUAT APA TAKAFUL LAGI??

-> Sampai bila agaknya anda akan dicover?? Sampai pencen? Just nak info, andai kata seorang pekerja diserang kanser, sudah tentulah dah tak dapat perform kerja dengan bagus kan? Sebab kena pergi buat rawatan,  kena rehat, kena ambil mc la, cuti dan sebagainya. So, kalau anda jadi boss, ape yang anda buat dengan pekerja ini? Takkan company tanggung seumur hidup? Budak sekolah pun tau jawapan ni. Kalau dah diberhenti kerja, rasa-rasanya senang ke nak cari kerja lain? Kalau ade simpanan di takaful dan pampasan serta kad perubatan yang ada, anda boleh mulakan kerjaya baru dengan memulakan perniagaan dan sebagainya untuk menampung hidup dan meneruskan kehidupan.

TERIMA KASIH KERANA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA.

Ingin mencarumTakaful…???

Antara produk yg mendapat sambutan paling tinggi :

1) Persaraan + Simpanan + Perlindungan+ Pelaburan
2) Tabungan Pendidikan + Anugerah Kecemerlangan Anak + Perlindungan + Pelaburan
3) Medical card + investment + perlindungan

Comment is closed.